Invinity merupakan sebuah syarikat teknologi kewangan (Fintech) yang bermatlamat mendorong perubahan dan perkembangan dalam teknologi kewangan dan juga platform operasi. Kami menyediakan pelbagai aplikasi dan instrumen berasaskan Kecerdasan Buatan (AI) buat para individu mahu pun organisasi korporat untuk mencapai pembangunan mampan.


NILAI-NILAI UTAMA

Dengan berlandaskan nilai-nilai utama kami, kami komited dalam memberikan pengalaman yang berkualiti kepada para pelanggan kami.

Kami Merevolusi

Berubah atau diubah? Kami mempunyai visi menjadi peneraju revolusi dunia teknologi.

Kami Memacu

Melangkah ke hadapan atau ambil risiko untuk ketinggalan. Kami berazam memacu kemajuan teknologi kewangan terkini.